Bahan-bahan
250g mentega
3 cawan tepung gandum
1 cawan gula aising
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh serbuk penaik
untuk inti
150g coklat masakan
25g mentega
25g shortening
3 sudu susu cair
Cara-cara
Pukul mentega dan gula hingga sebati.
Masukkan telur dan esen vanilla, kacau sebati.
Masukkan tepung yang diayak bersama dengan serbuk penaik sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh.
Canaikan sehingga setebal 1/2 cm dan terapkan dengan acuan tart.
Bakar pada suhu 180C sehingga masak dan kekuningan
Untuk inti masukkan semua bahan dalam bekas dan cairkan di atas api perlahan menggunakan kaedah double boiler.
Kemudian boleh diletakkan di atas tart yang telah sejuk.
Thursday, December 16, 2010
Wednesday, December 15, 2010
Carrot Cupcakes
Kat atas tu carrot cupcakes yg ditempah untuk 1 majlis pertunangan. Resepi kek carrot ni banyak kali saya cuba. Rasanya memang sedap, member sepejabat siap puji lg pastu ada juga yg tempah. Kalau nak cuba kat sini saya bagi resepinyer.
Bahan-bahan
250g tepung gandum - diayak
120g gula kastor
100g gula perang
1 1/2 cawan carrot yang diparut
1 1/2 cawan minyak jagung (guna minyak masak pun boleh)
4 biji telur-diasingkan putih dan kuning
2 sudu teh serbuk penaik - diayak
1 sudu teh serbuk cinnamon - diayak
100g walnut cincang / badam cincang
untuk topping
250g cream chesse
120g gula aising
120g mentega.
Cara-caranya
Pukul kuning telur, kemudian masukkan minyak, gula (kedua- dua jenis) dan carrot. kacau sebati, masukkan walnut cincang / badam cincang serta masukkan bahan yang diayak. Kacau perlahan hingga sebati.
Dalam mangkuk yang bersih dan kering, pukul putih telur sehingga bertanduk (soft peak).
Kemudian campurkan putih telur ke dalam adunan kek tadi dan kacau sebati.
Sudukan ke dalam cup 3/4 penuh dan bakar pada suhu 170C selama 20 minit.
Untuk topping campurkan kesemua bahan dan pukul sehingga ringan dan gebu. Boleh dihias atas cupcakes yg dah disejukkan terlebih dahulu.
Tuesday, December 14, 2010
My brother in law Wedding
Kaler tema kahwin kaler hijau lumut, kenduri belah pengantin perempuan buat sekali dengan kenduri pihak pengantin lelaki (save budget katanyer). Masa bertunang hari tu warna pilihan untuk gubahan aku yang pilih (eh macam kita plak yang nak tunang), aku sengaja pilih warna-warna terkini hijau + pink. Mula2 cakap nak wat kaler macam tu ramai yang tak setuju cam pelik je.. tp bila dah jadi hasilnyer menarik walaupun budget rendah untuk 9 dulang hantaran. Okle tu..apa apapun just look at the pic below..
Gubahan cincin merisik & cincin tunang |
Gubahan untuk telekung |
Kain pasang & kasut yg dah dipakai.. |
Bakul buah-buahan |
Coklat yang digubah berbentuk rumahku impianku. Ni gambar2 di sekitar majlis perkahwinan yang berlangsung pada 12.12.2010 |
Meja makan beradap |
Sama cantik sama padan bagai pinang dibelah dua |
Tart Telur
Hari tu terjumpa resepi ni kat internet, pastu lama tersimpan dalam buku resepi. Ada kesempatan cuba buat memang mudah aje dan yang penting sedap. Sape2 nak cuba boleh guna resepi ni..
Bahan-bahan.
utk pastry
200g mentega
80g gula aising
360g tepung halus
1biji telur
1 sudu kecil esen vanila
utk filing
1 cawan susu cair
4 biji telur
1 cawan gula
1 cawan air
1 sudu besar tepung kastard
1/2 sudu kecil esen vanila
pewarna kuning
Cara-cara
Pukul butter dan gula sampai kembang.
Masukkan telur sedikit demi sedikit.
Masukkan tepung sampai jadi doh yang lembut.
Ratakan setebal 1/2 cm dan terap dalam acuan.
Cucuk dengan garfu supaya tidak kembung. Dan bakar selama 10~15min pada suhu 180.
Keluarkan dan masukkan filling. Bakar lagi 10 min.
Untuk filling. Campurkan semua bahan dan gaul hingga sebati.
Bahan-bahan.
utk pastry
200g mentega
80g gula aising
360g tepung halus
1biji telur
1 sudu kecil esen vanila
utk filing
1 cawan susu cair
4 biji telur
1 cawan gula
1 cawan air
1 sudu besar tepung kastard
1/2 sudu kecil esen vanila
pewarna kuning
Cara-cara
Pukul butter dan gula sampai kembang.
Masukkan telur sedikit demi sedikit.
Masukkan tepung sampai jadi doh yang lembut.
Ratakan setebal 1/2 cm dan terap dalam acuan.
Cucuk dengan garfu supaya tidak kembung. Dan bakar selama 10~15min pada suhu 180.
Keluarkan dan masukkan filling. Bakar lagi 10 min.
Untuk filling. Campurkan semua bahan dan gaul hingga sebati.
Subscribe to:
Posts (Atom)