Wednesday, December 15, 2010
Carrot Cupcakes
Kat atas tu carrot cupcakes yg ditempah untuk 1 majlis pertunangan. Resepi kek carrot ni banyak kali saya cuba. Rasanya memang sedap, member sepejabat siap puji lg pastu ada juga yg tempah. Kalau nak cuba kat sini saya bagi resepinyer.
Bahan-bahan
250g tepung gandum - diayak
120g gula kastor
100g gula perang
1 1/2 cawan carrot yang diparut
1 1/2 cawan minyak jagung (guna minyak masak pun boleh)
4 biji telur-diasingkan putih dan kuning
2 sudu teh serbuk penaik - diayak
1 sudu teh serbuk cinnamon - diayak
100g walnut cincang / badam cincang
untuk topping
250g cream chesse
120g gula aising
120g mentega.
Cara-caranya
Pukul kuning telur, kemudian masukkan minyak, gula (kedua- dua jenis) dan carrot. kacau sebati, masukkan walnut cincang / badam cincang serta masukkan bahan yang diayak. Kacau perlahan hingga sebati.
Dalam mangkuk yang bersih dan kering, pukul putih telur sehingga bertanduk (soft peak).
Kemudian campurkan putih telur ke dalam adunan kek tadi dan kacau sebati.
Sudukan ke dalam cup 3/4 penuh dan bakar pada suhu 170C selama 20 minit.
Untuk topping campurkan kesemua bahan dan pukul sehingga ringan dan gebu. Boleh dihias atas cupcakes yg dah disejukkan terlebih dahulu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment